19 Jun 2007

Salam Perjuangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Salam Perjuangan,

kata-kata yang membangkitkan semangat dan tanda tanya, perjuangan apa? Nak menuntut merdeka dah merdeka, nak maju negara kita makin maju, nak lawan komunis... lama dah di selesaikan perjuangan itu oleh datuk nenek kita dahulu. walaupun sebenarnya komunis masih ada tapi berjuang dalam bentuk lain, pertubuhan-pertubuhan cinalah senang kata. Jadi PERJUANGAN apa?

Waktu ini, ketika ini dan saat ini marilah kita tanya diri kita...

Adakah bangsa MELAYU cukup bermartabat dan terbelakah bangsa melayu ketika ini?
Adakah kita mampu berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan bangsa lain di tanahair kita sendiri?
Adakah MELAYU mampu bersaing dalam semua aspek kehidupan (ekonomi & politik terutamananya) dengan bangsa lain di tanahair kita sendiri?
Adakah kita sebenarnya MENJADI TUAN kepada tanahair kita?
Akan bersatukan bangsa MELAYU itu nanti dan kekal bagi menghadapi cabaran mendatang?
Apakah generasi muda kita memahami asal usul, sejarah dan semangat MELAYU?
Apakah generasi muda kita cukup memahami pahit getir dan ranjau berduri yang menanti perjalanan bangsa MELAYU?
Adakah kita dapat mengekalkan perasaan KEMELAYUAN ini pada generasi yang mendatang?
Adakah kata-kata keramat "Melayu takkan hilang di dunia" akan menjadi kenyataan?

Keadaan semasa mendorong saya menulis blog ini. Saya mahu berkongsi pendapat dan pandangan yang mana memungkinkan wujudnya ruang memperbaiki diri saya seterusnya bangsa MELAYU itu sendiri. Mana tahu perbincangan dan luahan idea ini mungkin memberikan idea dan jalan kepada pihak yang mempunyai kemampuan dan kuasa untuk membela dan memartabatkan bangsa MELAYU. Itupun kalau mereka-mereka ini nak, kalau berkemampuan, berkebolehan dan ada kuasa tapi tak nak bela dengan sengaja. Di akhirat kelak tunggulah azab balasan dari ALLAH SWT. Hampir18 juta orang MELAYU ISLAM akan menuntut hak dan amanah yang ALLAH telah kurniakan kepada mereka tapi tidak dilaksanakan.

Tuan-tuan, sahabat-sahabat dan kawan-kawan. Cukuplah MELAYU tersisih dan terpinggir, Kita mesti bangkit dan memperjuangkan hak kita, menuntut hak kita bangsa MELAYU sebagai tuan di tanahair kita...

Kita perlu kuasai ekonomi...
Kita perlu perkuatkan genggaman kita dalam politik...
Kita perlu semaikan semangat KEMELAYUAN yang tinggi...
Kita perlu semai sikap dahulukan kepentingan MELAYU baru duit...
PALING PENTING kita perlu sedarkan ORANG MELAYU BELUM TUAN SEBENAR di tanahair kita ini...


Sebut sahaja perkara-perkara yang memilukan, memalukan dan ketinggalan kebanyakan bangsa MELAYU...

Menganggur... banyak MELAYU
Orang miskin... banyak MELAYU
Pendapatan rendah... banyak MELAYU
Pemikiran kolot... banyak MELAYU
Minta bantuan kerajaan... banyak MELAYU
Terima subsidi... banyak MELAYU
Buat kes... banyak MELAYU
Banyak hutang... banyak MELAYU
Tak bersyukur... banyak MELAYU
Asyik semua tak betul... banyak MELAYU
Dan banyak lagi... banyak MELAYU


Apalah nak kecoh-kecoh tulis penat-penat pun apa kesannya, berjuang apa? klu terror sangat masuk politiklah. Haa... mesti tulah yang akan di perkatakan orang. Tapi ingat ada Hadis mengatakan "Andai terlihat perkara atau sebarang keburukan , jika ada kekuatan ubahlah menggunakan tangan( kekuasaan), jika tidak gunalah lisan(nasihat) dan jika tidak berupaya juga berdoalah". Haa.. ini yang cuba saya lakukan mengunakan tulisan kira nasihatlah. Mana tahu lembut hati dan berubah pandangan lepas membaca tulisan dalam Blog ni.

Semoga miat ikhlas ini adan dapat serba sedikit memberi manfaat kepada masyarakat khususnya Bangsa MELAYU dan ISLAM. Segala yang baik itu datang dari ALLAH SWT dan segala keburukan itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

Salam Perjuangan

Tiada ulasan: