17 Jun 2007

MELAYU, antara JAHIL dan EGO

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dewasa ini ramai golongan muda yang tidak begitu memahami sejarah bangsa mereka sendiri terutamanya orang MELAYU. Sampaikan tergamak menghina dan mahu menjatuhkan serta mahu menghilangkan HAK ISTIMEWA MELAYU (perkara 153 perlembagaan) kerana beranggapan ia tidak releven dan tidak demokrasi. Pada pandangan mereka bangsa MELAYU sama macam bangsa lain dan mereka terpengaruh dengan demokrasi bodoh BARAT terutama AMERIKA.

Maaf saya katakan, kebanyakan mereka ini lulusan luar negara yang rasa pandai sangat tapi sebenarnya bodoh dan jahil hal bangsa mereka sendiri. Tidak semua begitu ada juga yang belajar dalam negeri tapi terpengaruh dengan propaganda barat, mengagungkan barat dengan idea-idea demokrasi ala YAHUDI, rasa diri merekalah pejuang KEADILAN, KEBEBASAN dan DEMOKRASI. Walhal usaha mereka sebenarnya menjahanamkan AGAMA, BANGSA dan NEGARA mereka.

Siapa makan cili dia rasa pedas. kepada mereka yang sedang pedas nilailah kembali apa yang korang dah buat. Belajar balik sejarah, kenang-kenang nasib bangsa MELAYU sekarang dan tanam rasa sayang dan cinta pada bangsa MELAYU tu sendiri bersama agama suci kita ISLAM.

Harapan besar saya dengan tulus ikhlas untuk bersama berkongsi IDEA dan menyedarkan mereka-mereka yang rasa dah tak bangga dan memiliki semangat KEMELAYUAN. Semoga anak muda MELAYU memahami kenapa kita perlu ada rasa semangat KEMELAYUAN kerana kita sebenarnya terjajah di tanahair kita sendiri. Nasib MELAYU belum benar-benar terbela.

Letih dah berpecah belah, JOMLAH BERSATU asyik JOM HEBOH anakMELAYU jugak yang rosak. Golongan ARISTOKRAT ke, ULAMAK ke, BUSSINES men ke, PARTI HIJAU, MERAH, BIRU LEBAM ke, jum lah BERSATU. Kita saling memerlukan. Orang MELAYU kata " Bersatu teguh, bercerai kita roboh ". Jangan disebabkan perbezaan ideologi akhirnya maruah bangsa tergadai, hingga anak cucu kita dan generasi akan datang orang MELAYU melarat. Masa itu generasi kita akan menyalahkan kita.

Pada Masa itu Tuan-tuan, mereka-mereka yang upaya merubah, mereka-mereka yang bertelingkah merebut kuasa, ULAMAK ke, PARTI HIJAU, MERAH, BIRU LEBAM, sesiapa yang boleh membetulkan keadaan dan tidak melakukannya sebab mahu mempertahakan EGO, KEKUASAAN, IDEOLOGI, PENGARUH dan lain-lain nantikan lah azab seksa yang pedih dari ALLAH SWT di akhirat. Kerana tuan-tuanlah yang menyebabkan kemelaratan dan kemusnahan bangsa MELAYU.

KEBIMBANGAN, KERISAUAN dan rasa TANGGUNGJAWAB mendorong saya menulis dalam blog ini. Harap-harap adalah kesan sikit pada masyarat. Kembali MELAYU BERSATU, orang MELAYU faham kenapa perlu kita PERTAHAN HAK dan MEMENTINGKAN MELAYU, orang muda MELAYU juga sedar hakikat sebenar dan tertanam rasa KEMELAYUAN dalam sanubari mereka dan segala kebaikanlah untuk BANGSA MELAYU.



ALLAH SWT maha pengasih dan pemurah, bersama kita doakan semua ini tercapai dan segala kebaikan sentiasa tercurah kepada BANGSA MELAYU dan agama suci ISLAM sehingga ke generasi yang mendatang selepas kita. Harap-harap seperti kata HANG TUAH " Takkan MELAYU Hilang di DUNIA akan berlaku dan dimakbulkan ALLAH SWT. TERIMA KASIH

Tiada ulasan: