27 Jun 2007

MASA DEPAN POLITIK ORANG MELAYU - Dr Nordin Selat 1977

MASA DEPAN POLITIK ORANG MELAYU
oleh Dr Nordin Selat dan ditulis ditahun 1977

Tidak seorang pun tahu tentang masa depan.Mungkin masa depan itu cerah.Mungkin masa depan itu gelap.Mungkin masa depan itu tidak ada sama sekali.

Kita cuma tahu manusia boleh berusaha dan mereka masa depannya.Usaha itulah yang akan menentukan sama ada masa depan itu cerah,gelap atau musnah sama sekali.

Mencari masa depan tidak sama dengan bermimpi.Masa depan orang Melayu mesti berasaskan pada realiti hari ini, pada masalah-masalah hari ini, pada apa yang kita mahu dan telah kita capai, dan pada apa yang kita mahu tetapi belum tercapai, pada apa yang kita boleh buat dan pada apa yang kita tidak boleh buat.REALITI banyak.

Realiti Pertama :
Politik ialah perjuangan.Kalau orang Melayu mahu terus berkuasa alam politik orang Melayu mesti sanggup berjuang.Orang Melayu mesti tahu apakah yang mereka perjuangkan itu.Satu parti ialah kumpulan manusia yang mempunyai perjuangan yang sama.Apakah perjuangan orang Melayu sekarang.Sana sini kita dengar orang Melayu bergaduh fasal balak, fasal bijih, fasal tanah, fasal gadai negeri pada Cina.Tidak pernah fasal orang Melayu masih miskin.Bila perjuangan mati orang Melayu mati.

Realiti Kedua :
Politik ialah Kuasa.Kita berpolitik kerana kita mahu parti kita berkuasa.Bila berkuasa kita pilih beberapa orang anggota parti untuk membentuk kerajaan.Pemimpin-pemimpin inilah yang bertanggungjawab menggunakan kuasa ini untuk melaksanakan apa yang diperjuangkan oleh parti.Tetapi hari ini orang Melayu heboh dengan soal pemimpin-pemimpin yang tidak jujur, yang tidak berkebolehan melaksanakan cita-cita orang Melayu.Negeri-negeri yang terlibat ialah Negeri Sembilan, Kelantan, Melaka, Perak, Kedah.Pagar sudah makan padi.

Realiti Ketiga :
Seorang pemimpin mempunyai pengikut-pengikut.Kita harus akui apabila pengikut jujur, pemimpin juga mahu tidak mahu akan turut jujur.Tetapi banyak pengikut ampu bodek kerana hendak itu, hendak ini.Sebelum mesyuarat agung pengikut 'hot' menyatakan si anu tak ada guna.Bila mesyuarat agung, si anu menang juga.Ada pengikut yang boleh dibeli undinya.Pengikut yang jujur sahaja boleh melahirkan pemimpin yang jujur.Bila kita memilih, kita dasarkan pada otak kita, bukan perut.

Realiti Keempat :
Politik di negara kita ialah pilihanraya.Dalam pilihanraya siapa dapat banyak undi dia menang.Masa depan orang Melayu bergantung pada undi orang Melayu.Tak usahlah harap pada bangsa lain.Untuk menang orang Melayu mesti ramai bilangannya.

Realiti Kelima :
Orang Melayu sekarang mempunyai kuasa politik di luar bandar.DI bandar, bangsa lain yang berkuasa.Orang Melayu tidak laku.Pulau Pinang bukan orang Melayu punya.Ipoh bukan orang Melayu punya.Kuala Lumpur bukan orang Melayu punya.Gua Musang orang Melayu punya.

Realiti Keenam :
Orang Melayu yang sedar dan mahu berkecimpung dalam politik ialah rakyat biasa.Orang-orang Melayu yang berpelajaran tinggi tidak mahu berpolitik. Mereka anggap politik untuk orang bodoh.Satu trend yang perlu difikirkan ialah bila orang Melayu bertambah cerdik, mereka tidak mahu berpolitik.Mereka tidak mahu mengundi.Mereka tidak mahu berparti seolah-olah faktor menyatupadukan orang Melayu ialah kebodohan, bukan kecerdikan.makin cerdik orang Melayu, makin bankrap bangsa Melayu.

Realiti Ketujuh :
UMNO mestilah merupakan satu parti yang dinamis, bukan satu parti yang statis. Ia mesti dapat menyahut cabaran-cabaran baru.cabaran-cabaran baru memerlukan pemimpin-pemimpin baru.Soal siapa menjerit dan menggenggam tangan pada tahun 1946 tidak timbul.Tahun 1946 lain masalah.Tahun 1977 lain masalah.UMNO mesti faham kekuatan dan kelemahannya.Mana yang kuat dipertahankan. Mana yang lemah diganti.

Realiti Kelapan :
Kita banyak musuh dan lawan.Kita mesti kenal musuh kita, dan lawan kita.Kita kaji strategi mereka.Kita kaji kelemahan mereka.Kita gunakan semua yang kita tahu tentang mereka untuk mengalahkan mereka.Mana yang kita tidak tahu, kita cari.Politik ialah hidup.Untuk hidup kita mesti bunuh politik orang lain.Orang lain memang berusaha membunuh kita.Dadah, dakwah rasuah mesti difikirkan sebagai taktik-taktik orang lain bagi membunuh politik Melayu.

Realiti Kesembilan :
Masa depan orang Melayu ditentukan oleh golongan muda Melayu sekarang.Golongan tua akan mati.Terpulanglah pada generasi hari ini untuk mencari sifat-sifat politik Melayu yang baik.Mereka mesti sanggup menegakkan sesuatu demi menjamin masa depan mereka.Mereka mesti mempunyai kemampuan semangat untuk bersatu.Mereka mesti sanggup berjuang.Dan paling penting mereka mesti mempunyai kemahuan untuk hidup.Permainan politik sekarang bukan lagi menjerit-jerit. Politik sekarang politik catur, siapa cerdik dia menang.Masa depan Melayu bergantung pada otak Melayu yang cekap.Realiti

Kesepuluh :
Sebagai kesimpulan: Wahai orang Melayu, carilah masa depan kamu sebelum terlambat.

25 Jun 2007

Respon : 30% ekonomi Melayu untuk siapa? sangkelembai2006.blogspot.com

SALAM PERJUANGAN

Ada beberapa perkara yang saya lihat dan baca telah menggambarkan sangkelembai2006 seperti orang yang kecewa.

rujuk http://sangkelembai2006.blogspot.com/
artikel : 30% ekonomi Melayu untuk siapa?

Mungkin DEB itu munguntungkan sesetengah pihak dewasa ini tetapi inti pati dan hasrat wujudnya DEB itu murni dan adalah bertujuan mendapatkan hak dan mengutuhkan kembali BANGSA MELAYU yang ketinggalan waktu dahulu dan sekarang.

Mari kita imbas sejarah negara MALAYSIA yang mungkin sangkelembai2006 lebih hebat atau pakar. Sebab sangkelembai2006 kelihatan begitu bersahaja dalam penulisan sangkelembai2006 sehingga adakalanya tidak mengambarkan fakta tetapi lebih kepada luahan emosi, macam kecewa atau orang yang tak dapat projek.

Sewaktu Malaya diperintah inggeris kita dijajah, ditekankan kita dijajah dan sebarang keputusan mengenai negara diputuskan oleh PENJAJAH. PENJAJAH mengamalkan dasar pecah dan perintah yang mana org cina dpt jadi pelombong dan peniaga, org india kerja di estet dan ada juga jadi mandur dan berniaga. BANGSA MELAYU waktu itu disuruh bercucuk tanam dan bertani serta menjadi nelayan. Orang MELAYU kekal sebegitu mewarisi pekerjaan itu dari generasi ke generasi. Adalah 2-3 kerat kerje kerajaan dan dapat pendidikan. Namun keseluruhanya BANGSA MELAYU lah yang paling ketinggalan. Pada 1957, hampir 72% orang miskin atau daif dan susah BANGSA MELAYU.

Bila ada peluang BANGSA MELAYU telah bersatu menuntut kemerdekaan. Seperti yang sangkelembai2006 gambarkan separuh tepat, BANGSA MELAYU selaku pribumi pada waktu di PAKSA oleh PENJAJAH untuk perlu berkompromi dengan bangsa-bangsa lain yang ada di tanah Melayu waktu itu. Sebab PENJAJAH tak mahu ada masalah yelah nanti orang cina kene hantar balik CHINA, org india kena hantar balik INDIA. Kan susah tu, lagipun CHINA dan INDIA memang tak nak terima org india dan cina dari tanah melayu.

Di sebabkan syarat itu, BANGSA MELAYU dan bangsa lain bersetuju dengan KONTRAK SOSIAL. Bangsa lain dapat kerakyatan dan BANGSA MELAYU dapat HAK KEISTIMEWAAN, RAJA, AGAMA, BAHASA macam dalam perlembagaan cth perkara 153. pastu setuju BANGSA MELAYU+bangsa lain join tenaga tuntut merdeka. Dengan izin ALLAH swt kita merdeka.

Tapi apa kita dapat lepas merdeka, keadaan tetap sama, BANGSA MELAYU tetap miskin, hina, susah, daif manakala bangsa lain mula menguasai ekonomi. Perasaan tidak puas hati, rasa terjajah dan menjadi hamba di tanahair sendiri menimbulkan rasa tidak puas hati dan curiga BANGSA MELAYU kepada bangsa lain. Bangsa lain pulak rasa macam bagus sbb rasa macam berkuasa dan pandang hina BANGSA MELAYU.

Selepas itu apa jadi? TRAGEDI 13 MEI. Tuan mesti tau apa jadi masa 13 mei tu... Kaji punya kaji antara penyebab 13 MEI adalah jurang pemisah ekonomi yang terlalu ketara antara BANGSA MELAYU dan lain.

Maka lahir lah DEB atau dasar ekonomi baru. Melalui DEB lah BANGSA MELAYU dapat PELUANG PENDIDIKAN, PELUANG EKONOMI, PELUANG DIBANTU KERAJAAN, dan keistimewaan lain supaya BANGSA MELAYU dapat diperkasakan dan menjadi TUAN di tanahair sendiri.

Tanyalah diri tuan sedalamnya... ADAKAH CUKUP GAGAH BANGSA MELAYU SEKARANG INI? Kalau diri tuan saya tak tahulah sebab mungkin tuan dah senang atau berada... cukup stabil atau mewah hingga mahu menghapus kan DEB atau perkara 153 hak keistimewaan orang MELAYU. Nak senang cerita hapus teruslah peluang atau ruang kerajaan nak BANTU MELAYU.

Kiranya "Fair and Square" MELAYU+CINA+INDIA bertanding dipadang yang sama. Dah cukup kuat ke MELAYU tu? Saya ibaratkan MELAYU main kaki ayam org kampung, CINA pakai kasut boot lengkap dengan pad kaki dan siap traning lagi, INDIA Pakai kasut boot je. rasa-rasa sapa teruk? sapa lebih berpeluang menang? sapa akan berjaya? DAN sapa pulak akan kalah... takut-takut BANGSA MELAYU.

Sedarlah ramai lagi BANGSA MELAYU yang hidup susah, daif, melarat yang memerlukan bantuan kerajaan dan perlunya kekal hak keistimewaan MELAYU untuk mereka terutama DEB. Siapa kita nak bercakap mengenai nak menghapuskan tanpa buat kajian teliti. Jangan sebab kita rasa senang, dah selesa mudah-mudah mulut nak suruh mansuh nie... mansuh tu... bubar nie... bubabr kan itu... kira semua tak baik dan tak elok dan tak perlu untuk kita tanpa kita fikir mungkin ada insan lain BANGSA MELAYU yang masih memerlukannya. Berdosa tak rasa-rasanya kalau kita mansuh dan bubar bende-benda itu tiba-tiba mendatangkan mudharat dan kesusahan sehingga akhirnya membawa kemelaratan kepada BANGSA MELAYU???

Jangan disebabkan tuan melihat adalah 2-3 kerat MELAYU BUSUK yang memperkudakan DEB hingga jadi kaya raya... tuan rasa mesti menghapuskan DEB. Orang tua-tua kata " Jangan sebab nyamuk seekor habis kelambu dibakar".

Mari berfikir sedalamnya sebelum kita mahu mengubah sesuatu, fikirkan kesan dan akibat kepada BANGSA MELAYU kita. Ada Alim Ulama mengatakan. Adalah berdosa besar bagi kita sekiranya mengubah dan menghancurkan sesuatu, yang mana dengan mengubah atau menghancurkan itu akan mendatangkan mudharat yang lebih besar.

Ingat, kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis dan sampaikan. Allah swt menilai akan keikhlasan dan niat kita. Andai kebaikan yang mendatang dari kita rahmatlah buat ganjaran dariNYA dan andainya kebinasaan yang kita rencanakan dosalah yang akan kita pikul di akhirat kelak.

Saya hanya ingin saling mengingati diri saya dan tuan serta semua yang membaca. Yang baik itu dari Allah swt dan yang buruk itu kelemahan dari saya

Bersamalah kita bersuara, menulis dan memperkembangkan idea agar mendatangkan suatu yang benar-benar berfaedah bukan mendatangkan keburukan lebih besar lagi. Semoga dengan suara kita akan mengubah kerajaan secara halus kerah penambah baikan pentadbiran.

Tulus, Ikhlas... Salam Perjuangan

22 Jun 2007

Berapa Kerat Melayu Kaya?

Menurut majalah Malaysian Business, keluaran 16-28 Februari 2007, berikut adalah 40 orang terkaya di Malaysia.
1. Robert Kuok Hock Nien, Pengerusi Kuok Group & Kerry Group, RM 32.40b

2. T. Ananda Krishnan, Pengasas, Usaha Tegas Sdn Bhd, RM 19.72b
3. Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Hong Leong Group, RM 10.3b
4. Tan Sri Lim Goh Tong, Pengasas & Presiden Kehormat Seumur Hidup, Genting Group, RM 9.67b
5. Tan Sri Teh Hong Piow, Pengerusi Public Bank Bhd, RM 7.55b
6. Tan Sri Lee Shin Cheng, Pengerusi Eksekutif IOI Group, RM 6.62b
7. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, Pengasas Yayasan AlBukhary, RM 4.29b
8. Tan Sri Lim Kok Thay, Pengerusi Eksekutif Genting Group, RM 2.60b
9. Tan Sri Tiong Hiew King, Pengerusi Eksekutif Rimbunan Hijau Group, RM 2.42b
10. Tan Sri Yeoh Tiong Lay, Pengerusi Eksekutif, YTL Corp., RM 1.55b
11. Datuk Seri Dr Lim Wee-Chai, Pengerusi Eksekutif Top Glove Corp. Bhd., RM 1.16b
12. Tan Sri Vincent Tan Chee Youn, Pengerusi Berjaya Group, RM 1.12b
13. Datuk Yaw Teck Seng @ Hiew Teck Seng, Pengasas Samling Group, RM 1.08b
14. Datuk Lee Yeow Chor, Pengarah Eksekutif, IOI Group, RM 1.03b
15. Lee Yeow Seng, Pemegang saham, IOI Corp Bhd, RM 1.02b
16. Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping, Pengarah Urusan, YTL Corp Bhd, RM 936.84m
17. Datuk Yeoh Seok Hong, Pengarah, YTL Corp Bhd, RM 837.69m
18. Datuk Yeoh Seok Kian, Timb. Pengarah Urusan, YTL Corp. Bhd, RM 836.34m
19. Datuk Michael Yeoh Sock Siong, Pengarah, YTL Corp. Bhd RM 832.88
20. Datuk Mark Yeoh Seok Kah, Pengarah YTL Corp. Bhd, RM 819.61m
21. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling, Pengerusi Sunway Group, RM 686.54m
22. Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Bhd, RM 656.20m
23. Datuk Mokhzani Mahathir, Pengerusi Bukan Eksekutif, Kencana Petroleum Bhd, RM 654.9m
24. Tan Sri Kua Sian Kooi, Pengerusi Eksekutif Kurnia Asia Bhd, RM 617.35m
25. Datuk Abdul Hamed Sepawi, Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holding, Bhd RM 606.4m
26. Tong Kooi Ong, Timb Pengerusi Eksekutif, Nexnews Bhd, RM 576.83m
27. Puan Sri Chong Chook Yew, Pengerusi, Selangor Properties Bhd, RM 562.50m
28. Datuk Tony Fernandes, CEO, Air Asia Bhd, RM 483.54m
29. Tunku Datuk Ya’acob Tunku Abdullah, Deputy Chairman MAA Holdings Bhd, RM 475.05
30. Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, Pengarah Bukan Eksekutif, Gamuda Bhd, RM 469.29m
31. Datuk Tan Chin Nam, Pengasas Tan & Tan, RM 463m
32. Tan Sri Hamdan Mohamad, Presiden/CEO Ranhill Bhd, RM 437.8m
33. Tan Sri Rozali Ismail, Pengasas/Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings RM 432.48m
34. Datuk Lee Hau Hian, Pengarah Urusan Batu Kawan Bhd, RM 432m
35. Datuk Seri Lee Oi Hian, Pengerusi Bukan Eksekutif, Batu Kawan Bhd, RM 438.81m
36. Datuk Lee Soon Hian, Pengarah Bukan Eksekutif, Batu Kawan Bhd, RM 425.07m
37. Ong Leong Huat, CEO, OSK Holdings Bhd, RM 423.31m
38. Datuk Shaari Ismail, Pengarah Eksekutif, Puncak Niaga Holdings Bhd, RM 411.53m
39. Datuk Tan Heng Chew, Pengerusi Tan Chong Motor Holdings Bhd, RM 406.11mm
40. Kamarudin Meranun, Pengarah Eksekutif, Air Asia Bhd, RM 400.99m

19 Jun 2007

Melayu Perlu Bersatu - Ancaman Politik

Salam Perjuangan,

Perpecahan bangsa MELAYU semakin membimbangkan dan merisaukan. Ingat orang MELAYU kuat sangat ke sampai nak berpecah belah? Macam macam fahaman dan ideologi tak cukup ke sampai ada yang tersesat sampai masuk kumpulan AJARAN SESAT? semoga ALLAH SWT memberi petunjuk kepada mereka yang dah tersesat tu...

Melayu berpecah? Mana ada elok je... semua makan nasi tu kira bersatulah tu. Bijak-bijak... biasanya orang mudalah tak nampak. Memang semua makan nasi tapi berpecah belah sebab nak jaga periuk nasi dan pengaruh masing-masing.


Tak percaya...

AGAMA sama, KULIT sama, BAHASA sama bendera lain-lain...
HIJAU, MERAH, MERAH HITAM, BIRU MATA LEBAM...
Satu Ideologi Keduniaan+Islam Hadhari, Satu lagi Keagamaan+Taksub...
AGAMA sama, Fatwa berbeza ikutan...
Satu Islam Hadhari, satu lagi Hadariah Islamiah
Satu Masjid sembayang 2 imam...
Sembelihan ayam MELAYU ISLAM tertentu tak boleh makan haram...
UNDI berbeza, satu undi masuk syurga, satu lagi dapat kemajuan.

Dan Lain-Lain... sila tambah dalam comment ya... saya pun nak tau

Kalau sesiapa lah perhatikan secara mendalam, perbezaan, ketidak persefahaman, perbalahan, persengketaan dan perselisihan antara MELAYU nie MENGARUT sahaja. MELAYU ISLAM lah senang kita kata seharusnya mencari titik pertemuan dan persefahaman bukan mencari perbezaan yang bukan-bukan.

Bende kecik kadang-kadang di perbesarkan sehingga timbul perselisihan besar. Rasanya yang berbalah nie Alim-alim, Cerdik Pandai dan Dah besar panjang. Kita ni yang dekat bawah nie MUAK, BORING, MELUAT dan BODOH melihat benda-benda nie. Bilalah orang besar-besar nie nak insaf.

Sedar atau tidak kekuatan POLITIK MELAYU semakin terhakis...

1. Undi Melayu berpecah, cina ayau india ambil kesempatan la tentukan calon mana menang. Lepas tu tuntut nak bertanding kawasan tu sebab undi cina atau india solid dan penentu kemenangan.

2. Kerusi Majoriti MELAYU dalam membentuk kerajaan makin kecil, yelah dah 2 MELAYU bertanding satu kawasan. Ada yang Menang Kerusi untuk A dan ada yang menang untuk B. Lepas tu A bentuk kerajaan dengan gabungan parti memerintah dengan jumlah kerusi yang A ada. Kalau B+A bergabung boleh bagi-bagi kawasan bertanding. Bila masuk gabungan parti memerintah kan makin besar jumlah kerusi. Ini tidak masing-masing pentingkan diri dapatlah kerusi sikit bila masuk parti gabungan pemerintah jumlah kerusi berbanding parti kaum lain kecil. Masatu mulalah Parti-Parti bukan Melayu nie rasa sikit besar dan tuntut macam-macam. Masa tu macam mana nak membela nasib MELAYU. Silap-silap hak MELAYU depa tuntut.

3. Dalam kerajaan sendiri, Kalau kerusi Parlimen MELAYU sikit rasa-rasa senang ka nak gubal dasar yang memenangkan orang MELAYU. Silap-silap baru mesyuarat parti komponen dah kene reject awal-awal. MELAYU pulak tak boleh kata apa sebab takut BUKAN MELAYU nie tuntut macam macam nanti sbb kita kurang kuat.

4. Dalam parlimen kita tengok, bila CINA BANGKIT ISU yang menyentuh HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU ada CINA DALAM PARTI KOMPONEN KERAJAAN bersuara? Ha Ha Ha bodoh la kalau CINA nak gaduh dengan CINA. Dia orang senyap je. OOIIII!!!! MELAYU kalau nak tau DAP ke, MCA ke, GERAKAN ke mereka semua ada back channel tau. Saling bertukar maklumat untuk jaga kepentingan CINA. MELAYU GADUH sampai jumpa tak tegur, dia orang MCA+DAP+GERAKAN minum "yam seng" tengok kita gaduh, pakat gelak sama-sama. BODOH - BODOH ... Tipah TERTIPU

5. Bila CINA BANGKIT ISU HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU maka bangkitlah ahli parlimen MELAYU bersuara, kecoh besar pastu mempertahankan HAK MELAYU. Siap keluar surat khabar lagi. berbuih-buih, bergantang-gantang air liuh berterabur dalam dewan parlimen. Tapi tengok pada PARTI MELAYU PEMBANGKANG ISLAM lagi, kadang-kadang buat dek je, buat tak tau je, senang cerita buat BODOH. Macam mereka bukan MELAYU. " Tak pa lah kita pembangkang lantak lah Depa" ada ke patut. Tu yang malas tu... bukan saya tak suka pembangkang tapi kita bangsa MELAYU ISLAM kalau ada perkara mencabar ketuanan kita patut bangkit mempertahankan, lupakan kita di pihak mana, yang penting kita BANGSA MELAYU bela lah bangsa kita. Tapi apa jadi... MELAYU BODOH sebab gaduh betul-betul. Padahal depa Cina depanje gaduh, belakang siap gilir-gilir belanja makan.

6. Mari kita buat kajian kes, kita ambil Terengganu. Masa PARTI A memerintah habis semua Kemudahan, Hak dan Kesenangan ORANG PARTI B dirampas di manipulasihan hingga tergadai. ORANG PARTI B di blacklist oleh PARTI A sebab tak sehaluan Ideologi. Masa PARTI B menang dan memerintah ORANG PARTI A pulak yang merana kene blacklist. ANEH DAN PELIK TAPI BENAR itulah sikap orang melayu. Mementingkan diri sendiri hingga sanggup menganiaya BANGSA MELAYU sendiri. Insaflah, semoga ALLAH SWT dapat menyatukan hati-hati mereka.

Tu baru sikit... Saya pasti nanti akan ada individu pembaca yang mampu menambahkan lagi ancaman dalam politik ni. Saya pun nak tahu...

Saya cuba mengupas " MELAYU PERLU BERSATU - ANCAMAN POLITIK" sebab saya merasakan ISU POLITIK lah yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Saya dapat merasakan sekiranya titik persefahaman dapat dalam politik ditemui maka MELAYU dapat disatukan. Seterusnya untuk menyatukan melayu dalam hal ehwal ekonomi, kesedaran dan lain-lain akan lebih mudah. Titik pertemuan harus di cari terutamanya dalam...

  1. Halatuju perjuangan MELAYU ISLAM sebenar.
  2. Pentingannya Politik MELAYU dalam memastikan kemandirian BANGSA MELAYU dan ISLAM.
  3. Wujudnya ANCAMAN ke atas MELAYU dan ISLAM.
  4. Isu berkaitan PENDIRIAN dalam isu-isu dan masalah tertentu.
  5. Kedudukan selepas PENYATUAN ( semoga masing-masing rendah diri mengalah).
  6. KESEDARAN MEREKA saling BERGANTUNG ( ulamak dan umarak).

Mungkin kalau PAK LAH atau NIK AZIZ atau MATA LEBAM baca belum tentu mereka nak bersatu. Macam macam alasan keluar... tapi saya yakin jauh disudut hati mereka ini, mereka juga ingin melihat MELAYU ISLAM bersatu. Namun terdapat halangan seperti dari anak buah masing-masing yang mungkin bimbang dengan penyatuan akan mengurangkan kuasa atau kekayaan masing-masing. Namun ingatlah Pak LAH dan Nik Aziz, " Kalau hendak seribu daya tak hendak seribu dalih".

MATA LEBAM pulak saya tak pasti. Saya curiga sebab belakang dia AMERIKA tengah sokong kuat dia dari kewangan sampaikan ke tenaga kerja termasuk perisikan Amerika untuk bantu dia untuk jadi somebody di MALAYSIA. Tak percaya semak mana datangnya duit+maklumat yang diterima pertubuhan NGO naungan Mata Lebam atau Parti BENDERA LEBAM sendiri. Bimbang kalau MATA LEBAM jadi pemimpin MELAYU terjual pulak kedaulatan, harga diri dan sumber negara kita. Yelahkan " AMERIKA BERBUDI, MATA LEBAM KENE BERBAHASA" untuk balas bantuan yang dia terima. Tapi saya doakan MATA LEBAM cepat-cepat insaf jangan sebab nak kejar kuasa hinggakan MATA LEBAM sanggup diperkudakan KUASA ASING. Terjajah MELAYU kembali nanti. Insaf la...

Ingat Lah PAK LAH atau NIK AZIZ atau MATA LEBAM, kalau kita ada kemampuan, kebolehan dan ada kuasa tapi tak nak bela dan bersatu agar MELAYU ISLAM lebih perkasa sehingga akhirnya nanti MELAYU ISLAM makin ketinggalan dan merana. Di akhirat kelak tunggulah azab balasan pedih dari ALLAH SWT. Hampir 18 juta orang MELAYU ISLAM akan menuntut hak dan amanah yang ALLAH telah kurniakan kepada PAKLAH n NIK AZIZ n MATA LEBAM tapi tidak dilaksanakan sehingga menyebabkan MELAYU ISLAM ketinggalan, hilang kuasa dan melarat.

Semoga Melayu kembali bersatu terutama dalam POLITIIK kerana itu lah kunci yang bakal menyatukan MELAYU dalam kesemua bidang yang lain.

Salam Perjuangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Salam Perjuangan,

kata-kata yang membangkitkan semangat dan tanda tanya, perjuangan apa? Nak menuntut merdeka dah merdeka, nak maju negara kita makin maju, nak lawan komunis... lama dah di selesaikan perjuangan itu oleh datuk nenek kita dahulu. walaupun sebenarnya komunis masih ada tapi berjuang dalam bentuk lain, pertubuhan-pertubuhan cinalah senang kata. Jadi PERJUANGAN apa?

Waktu ini, ketika ini dan saat ini marilah kita tanya diri kita...

Adakah bangsa MELAYU cukup bermartabat dan terbelakah bangsa melayu ketika ini?
Adakah kita mampu berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan bangsa lain di tanahair kita sendiri?
Adakah MELAYU mampu bersaing dalam semua aspek kehidupan (ekonomi & politik terutamananya) dengan bangsa lain di tanahair kita sendiri?
Adakah kita sebenarnya MENJADI TUAN kepada tanahair kita?
Akan bersatukan bangsa MELAYU itu nanti dan kekal bagi menghadapi cabaran mendatang?
Apakah generasi muda kita memahami asal usul, sejarah dan semangat MELAYU?
Apakah generasi muda kita cukup memahami pahit getir dan ranjau berduri yang menanti perjalanan bangsa MELAYU?
Adakah kita dapat mengekalkan perasaan KEMELAYUAN ini pada generasi yang mendatang?
Adakah kata-kata keramat "Melayu takkan hilang di dunia" akan menjadi kenyataan?

Keadaan semasa mendorong saya menulis blog ini. Saya mahu berkongsi pendapat dan pandangan yang mana memungkinkan wujudnya ruang memperbaiki diri saya seterusnya bangsa MELAYU itu sendiri. Mana tahu perbincangan dan luahan idea ini mungkin memberikan idea dan jalan kepada pihak yang mempunyai kemampuan dan kuasa untuk membela dan memartabatkan bangsa MELAYU. Itupun kalau mereka-mereka ini nak, kalau berkemampuan, berkebolehan dan ada kuasa tapi tak nak bela dengan sengaja. Di akhirat kelak tunggulah azab balasan dari ALLAH SWT. Hampir18 juta orang MELAYU ISLAM akan menuntut hak dan amanah yang ALLAH telah kurniakan kepada mereka tapi tidak dilaksanakan.

Tuan-tuan, sahabat-sahabat dan kawan-kawan. Cukuplah MELAYU tersisih dan terpinggir, Kita mesti bangkit dan memperjuangkan hak kita, menuntut hak kita bangsa MELAYU sebagai tuan di tanahair kita...

Kita perlu kuasai ekonomi...
Kita perlu perkuatkan genggaman kita dalam politik...
Kita perlu semaikan semangat KEMELAYUAN yang tinggi...
Kita perlu semai sikap dahulukan kepentingan MELAYU baru duit...
PALING PENTING kita perlu sedarkan ORANG MELAYU BELUM TUAN SEBENAR di tanahair kita ini...


Sebut sahaja perkara-perkara yang memilukan, memalukan dan ketinggalan kebanyakan bangsa MELAYU...

Menganggur... banyak MELAYU
Orang miskin... banyak MELAYU
Pendapatan rendah... banyak MELAYU
Pemikiran kolot... banyak MELAYU
Minta bantuan kerajaan... banyak MELAYU
Terima subsidi... banyak MELAYU
Buat kes... banyak MELAYU
Banyak hutang... banyak MELAYU
Tak bersyukur... banyak MELAYU
Asyik semua tak betul... banyak MELAYU
Dan banyak lagi... banyak MELAYU


Apalah nak kecoh-kecoh tulis penat-penat pun apa kesannya, berjuang apa? klu terror sangat masuk politiklah. Haa... mesti tulah yang akan di perkatakan orang. Tapi ingat ada Hadis mengatakan "Andai terlihat perkara atau sebarang keburukan , jika ada kekuatan ubahlah menggunakan tangan( kekuasaan), jika tidak gunalah lisan(nasihat) dan jika tidak berupaya juga berdoalah". Haa.. ini yang cuba saya lakukan mengunakan tulisan kira nasihatlah. Mana tahu lembut hati dan berubah pandangan lepas membaca tulisan dalam Blog ni.

Semoga miat ikhlas ini adan dapat serba sedikit memberi manfaat kepada masyarakat khususnya Bangsa MELAYU dan ISLAM. Segala yang baik itu datang dari ALLAH SWT dan segala keburukan itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

Salam Perjuangan

17 Jun 2007

MELAYU, antara JAHIL dan EGO

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dewasa ini ramai golongan muda yang tidak begitu memahami sejarah bangsa mereka sendiri terutamanya orang MELAYU. Sampaikan tergamak menghina dan mahu menjatuhkan serta mahu menghilangkan HAK ISTIMEWA MELAYU (perkara 153 perlembagaan) kerana beranggapan ia tidak releven dan tidak demokrasi. Pada pandangan mereka bangsa MELAYU sama macam bangsa lain dan mereka terpengaruh dengan demokrasi bodoh BARAT terutama AMERIKA.

Maaf saya katakan, kebanyakan mereka ini lulusan luar negara yang rasa pandai sangat tapi sebenarnya bodoh dan jahil hal bangsa mereka sendiri. Tidak semua begitu ada juga yang belajar dalam negeri tapi terpengaruh dengan propaganda barat, mengagungkan barat dengan idea-idea demokrasi ala YAHUDI, rasa diri merekalah pejuang KEADILAN, KEBEBASAN dan DEMOKRASI. Walhal usaha mereka sebenarnya menjahanamkan AGAMA, BANGSA dan NEGARA mereka.

Siapa makan cili dia rasa pedas. kepada mereka yang sedang pedas nilailah kembali apa yang korang dah buat. Belajar balik sejarah, kenang-kenang nasib bangsa MELAYU sekarang dan tanam rasa sayang dan cinta pada bangsa MELAYU tu sendiri bersama agama suci kita ISLAM.

Harapan besar saya dengan tulus ikhlas untuk bersama berkongsi IDEA dan menyedarkan mereka-mereka yang rasa dah tak bangga dan memiliki semangat KEMELAYUAN. Semoga anak muda MELAYU memahami kenapa kita perlu ada rasa semangat KEMELAYUAN kerana kita sebenarnya terjajah di tanahair kita sendiri. Nasib MELAYU belum benar-benar terbela.

Letih dah berpecah belah, JOMLAH BERSATU asyik JOM HEBOH anakMELAYU jugak yang rosak. Golongan ARISTOKRAT ke, ULAMAK ke, BUSSINES men ke, PARTI HIJAU, MERAH, BIRU LEBAM ke, jum lah BERSATU. Kita saling memerlukan. Orang MELAYU kata " Bersatu teguh, bercerai kita roboh ". Jangan disebabkan perbezaan ideologi akhirnya maruah bangsa tergadai, hingga anak cucu kita dan generasi akan datang orang MELAYU melarat. Masa itu generasi kita akan menyalahkan kita.

Pada Masa itu Tuan-tuan, mereka-mereka yang upaya merubah, mereka-mereka yang bertelingkah merebut kuasa, ULAMAK ke, PARTI HIJAU, MERAH, BIRU LEBAM, sesiapa yang boleh membetulkan keadaan dan tidak melakukannya sebab mahu mempertahakan EGO, KEKUASAAN, IDEOLOGI, PENGARUH dan lain-lain nantikan lah azab seksa yang pedih dari ALLAH SWT di akhirat. Kerana tuan-tuanlah yang menyebabkan kemelaratan dan kemusnahan bangsa MELAYU.

KEBIMBANGAN, KERISAUAN dan rasa TANGGUNGJAWAB mendorong saya menulis dalam blog ini. Harap-harap adalah kesan sikit pada masyarat. Kembali MELAYU BERSATU, orang MELAYU faham kenapa perlu kita PERTAHAN HAK dan MEMENTINGKAN MELAYU, orang muda MELAYU juga sedar hakikat sebenar dan tertanam rasa KEMELAYUAN dalam sanubari mereka dan segala kebaikanlah untuk BANGSA MELAYU.



ALLAH SWT maha pengasih dan pemurah, bersama kita doakan semua ini tercapai dan segala kebaikan sentiasa tercurah kepada BANGSA MELAYU dan agama suci ISLAM sehingga ke generasi yang mendatang selepas kita. Harap-harap seperti kata HANG TUAH " Takkan MELAYU Hilang di DUNIA akan berlaku dan dimakbulkan ALLAH SWT. TERIMA KASIH