25 Jun 2007

Respon : 30% ekonomi Melayu untuk siapa? sangkelembai2006.blogspot.com

SALAM PERJUANGAN

Ada beberapa perkara yang saya lihat dan baca telah menggambarkan sangkelembai2006 seperti orang yang kecewa.

rujuk http://sangkelembai2006.blogspot.com/
artikel : 30% ekonomi Melayu untuk siapa?

Mungkin DEB itu munguntungkan sesetengah pihak dewasa ini tetapi inti pati dan hasrat wujudnya DEB itu murni dan adalah bertujuan mendapatkan hak dan mengutuhkan kembali BANGSA MELAYU yang ketinggalan waktu dahulu dan sekarang.

Mari kita imbas sejarah negara MALAYSIA yang mungkin sangkelembai2006 lebih hebat atau pakar. Sebab sangkelembai2006 kelihatan begitu bersahaja dalam penulisan sangkelembai2006 sehingga adakalanya tidak mengambarkan fakta tetapi lebih kepada luahan emosi, macam kecewa atau orang yang tak dapat projek.

Sewaktu Malaya diperintah inggeris kita dijajah, ditekankan kita dijajah dan sebarang keputusan mengenai negara diputuskan oleh PENJAJAH. PENJAJAH mengamalkan dasar pecah dan perintah yang mana org cina dpt jadi pelombong dan peniaga, org india kerja di estet dan ada juga jadi mandur dan berniaga. BANGSA MELAYU waktu itu disuruh bercucuk tanam dan bertani serta menjadi nelayan. Orang MELAYU kekal sebegitu mewarisi pekerjaan itu dari generasi ke generasi. Adalah 2-3 kerat kerje kerajaan dan dapat pendidikan. Namun keseluruhanya BANGSA MELAYU lah yang paling ketinggalan. Pada 1957, hampir 72% orang miskin atau daif dan susah BANGSA MELAYU.

Bila ada peluang BANGSA MELAYU telah bersatu menuntut kemerdekaan. Seperti yang sangkelembai2006 gambarkan separuh tepat, BANGSA MELAYU selaku pribumi pada waktu di PAKSA oleh PENJAJAH untuk perlu berkompromi dengan bangsa-bangsa lain yang ada di tanah Melayu waktu itu. Sebab PENJAJAH tak mahu ada masalah yelah nanti orang cina kene hantar balik CHINA, org india kena hantar balik INDIA. Kan susah tu, lagipun CHINA dan INDIA memang tak nak terima org india dan cina dari tanah melayu.

Di sebabkan syarat itu, BANGSA MELAYU dan bangsa lain bersetuju dengan KONTRAK SOSIAL. Bangsa lain dapat kerakyatan dan BANGSA MELAYU dapat HAK KEISTIMEWAAN, RAJA, AGAMA, BAHASA macam dalam perlembagaan cth perkara 153. pastu setuju BANGSA MELAYU+bangsa lain join tenaga tuntut merdeka. Dengan izin ALLAH swt kita merdeka.

Tapi apa kita dapat lepas merdeka, keadaan tetap sama, BANGSA MELAYU tetap miskin, hina, susah, daif manakala bangsa lain mula menguasai ekonomi. Perasaan tidak puas hati, rasa terjajah dan menjadi hamba di tanahair sendiri menimbulkan rasa tidak puas hati dan curiga BANGSA MELAYU kepada bangsa lain. Bangsa lain pulak rasa macam bagus sbb rasa macam berkuasa dan pandang hina BANGSA MELAYU.

Selepas itu apa jadi? TRAGEDI 13 MEI. Tuan mesti tau apa jadi masa 13 mei tu... Kaji punya kaji antara penyebab 13 MEI adalah jurang pemisah ekonomi yang terlalu ketara antara BANGSA MELAYU dan lain.

Maka lahir lah DEB atau dasar ekonomi baru. Melalui DEB lah BANGSA MELAYU dapat PELUANG PENDIDIKAN, PELUANG EKONOMI, PELUANG DIBANTU KERAJAAN, dan keistimewaan lain supaya BANGSA MELAYU dapat diperkasakan dan menjadi TUAN di tanahair sendiri.

Tanyalah diri tuan sedalamnya... ADAKAH CUKUP GAGAH BANGSA MELAYU SEKARANG INI? Kalau diri tuan saya tak tahulah sebab mungkin tuan dah senang atau berada... cukup stabil atau mewah hingga mahu menghapus kan DEB atau perkara 153 hak keistimewaan orang MELAYU. Nak senang cerita hapus teruslah peluang atau ruang kerajaan nak BANTU MELAYU.

Kiranya "Fair and Square" MELAYU+CINA+INDIA bertanding dipadang yang sama. Dah cukup kuat ke MELAYU tu? Saya ibaratkan MELAYU main kaki ayam org kampung, CINA pakai kasut boot lengkap dengan pad kaki dan siap traning lagi, INDIA Pakai kasut boot je. rasa-rasa sapa teruk? sapa lebih berpeluang menang? sapa akan berjaya? DAN sapa pulak akan kalah... takut-takut BANGSA MELAYU.

Sedarlah ramai lagi BANGSA MELAYU yang hidup susah, daif, melarat yang memerlukan bantuan kerajaan dan perlunya kekal hak keistimewaan MELAYU untuk mereka terutama DEB. Siapa kita nak bercakap mengenai nak menghapuskan tanpa buat kajian teliti. Jangan sebab kita rasa senang, dah selesa mudah-mudah mulut nak suruh mansuh nie... mansuh tu... bubar nie... bubabr kan itu... kira semua tak baik dan tak elok dan tak perlu untuk kita tanpa kita fikir mungkin ada insan lain BANGSA MELAYU yang masih memerlukannya. Berdosa tak rasa-rasanya kalau kita mansuh dan bubar bende-benda itu tiba-tiba mendatangkan mudharat dan kesusahan sehingga akhirnya membawa kemelaratan kepada BANGSA MELAYU???

Jangan disebabkan tuan melihat adalah 2-3 kerat MELAYU BUSUK yang memperkudakan DEB hingga jadi kaya raya... tuan rasa mesti menghapuskan DEB. Orang tua-tua kata " Jangan sebab nyamuk seekor habis kelambu dibakar".

Mari berfikir sedalamnya sebelum kita mahu mengubah sesuatu, fikirkan kesan dan akibat kepada BANGSA MELAYU kita. Ada Alim Ulama mengatakan. Adalah berdosa besar bagi kita sekiranya mengubah dan menghancurkan sesuatu, yang mana dengan mengubah atau menghancurkan itu akan mendatangkan mudharat yang lebih besar.

Ingat, kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis dan sampaikan. Allah swt menilai akan keikhlasan dan niat kita. Andai kebaikan yang mendatang dari kita rahmatlah buat ganjaran dariNYA dan andainya kebinasaan yang kita rencanakan dosalah yang akan kita pikul di akhirat kelak.

Saya hanya ingin saling mengingati diri saya dan tuan serta semua yang membaca. Yang baik itu dari Allah swt dan yang buruk itu kelemahan dari saya

Bersamalah kita bersuara, menulis dan memperkembangkan idea agar mendatangkan suatu yang benar-benar berfaedah bukan mendatangkan keburukan lebih besar lagi. Semoga dengan suara kita akan mengubah kerajaan secara halus kerah penambah baikan pentadbiran.

Tulus, Ikhlas... Salam Perjuangan

Tiada ulasan: