Perpecahan bangsa MELAYU semakin membimbangkan dan merisaukan. Ingat orang MELAYU kuat sangat ke sampai nak berpecah belah? Macam macam fahaman dan ideologi tak cukup ke sampai ada yang tersesat sampai masuk kumpulan AJARAN SESAT? semoga ALLAH SWT memberi petunjuk kepada mereka yang dah tersesat tu...
Melayu berpecah? Mana ada elok je... semua makan nasi tu kira bersatulah tu. Bijak-bijak... biasanya orang mudalah tak nampak. Memang semua makan nasi tapi berpecah belah sebab nak jaga periuk nasi dan pengaruh masing-masing.
Tak percaya...
AGAMA sama, KULIT sama, BAHASA sama bendera lain-lain...
HIJAU, MERAH, MERAH HITAM, BIRU MATA LEBAM...
Satu Ideologi Keduniaan+Islam Hadhari, Satu lagi Keagamaan+Taksub...
AGAMA sama, Fatwa berbeza ikutan...
Satu Islam Hadhari, satu lagi Hadariah Islamiah
Satu Masjid sembayang 2 imam...
Sembelihan ayam MELAYU ISLAM tertentu tak boleh makan haram...
UNDI berbeza, satu undi masuk syurga, satu lagi dapat kemajuan.
Dan Lain-Lain... sila tambah dalam comment ya... saya pun nak tau
Kalau sesiapa lah perhatikan secara mendalam, perbezaan, ketidak persefahaman, perbalahan, persengketaan dan perselisihan antara MELAYU nie MENGARUT sahaja. MELAYU ISLAM lah senang kita kata seharusnya mencari titik pertemuan dan persefahaman bukan mencari perbezaan yang bukan-bukan.
Bende kecik kadang-kadang di perbesarkan sehingga timbul perselisihan besar. Rasanya yang berbalah nie Alim-alim, Cerdik Pandai dan Dah besar panjang. Kita ni yang dekat bawah nie MUAK, BORING, MELUAT dan BODOH melihat benda-benda nie. Bilalah orang besar-besar nie nak insaf.
Sedar atau tidak kekuatan POLITIK MELAYU semakin terhakis...
1. Undi Melayu berpecah, cina ayau india ambil kesempatan la tentukan calon mana menang. Lepas tu tuntut nak bertanding kawasan tu sebab undi cina atau india solid dan penentu kemenangan.
2. Kerusi Majoriti MELAYU dalam membentuk kerajaan makin kecil, yelah dah 2 MELAYU bertanding satu kawasan. Ada yang Menang Kerusi untuk A dan ada yang menang untuk B. Lepas tu A bentuk kerajaan dengan gabungan parti memerintah dengan jumlah kerusi yang A ada. Kalau B+A bergabung boleh bagi-bagi kawasan bertanding. Bila masuk gabungan parti memerintah kan makin besar jumlah kerusi. Ini tidak masing-masing pentingkan diri dapatlah kerusi sikit bila masuk parti gabungan pemerintah jumlah kerusi berbanding parti kaum lain kecil. Masatu mulalah Parti-Parti bukan Melayu nie rasa sikit besar dan tuntut macam-macam. Masa tu macam mana nak membela nasib MELAYU. Silap-silap hak MELAYU depa tuntut.
3. Dalam kerajaan sendiri, Kalau kerusi Parlimen MELAYU sikit rasa-rasa senang ka nak gubal dasar yang memenangkan orang MELAYU. Silap-silap baru mesyuarat parti komponen dah kene reject awal-awal. MELAYU pulak tak boleh kata apa sebab takut BUKAN MELAYU nie tuntut macam macam nanti sbb kita kurang kuat.
4. Dalam parlimen kita tengok, bila CINA BANGKIT ISU yang menyentuh HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU ada CINA DALAM PARTI KOMPONEN KERAJAAN bersuara? Ha Ha Ha bodoh la kalau CINA nak gaduh dengan CINA. Dia orang senyap je. OOIIII!!!! MELAYU kalau nak tau DAP ke, MCA ke, GERAKAN ke mereka semua ada back channel tau. Saling bertukar maklumat untuk jaga kepentingan CINA. MELAYU GADUH sampai jumpa tak tegur, dia orang MCA+DAP+GERAKAN minum "yam seng" tengok kita gaduh, pakat gelak sama-sama. BODOH - BODOH ... Tipah TERTIPU
5. Bila CINA BANGKIT ISU HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU maka bangkitlah ahli parlimen MELAYU bersuara, kecoh besar pastu mempertahankan HAK MELAYU. Siap keluar surat khabar lagi. berbuih-buih, bergantang-gantang air liuh berterabur dalam dewan parlimen. Tapi tengok pada PARTI MELAYU PEMBANGKANG ISLAM lagi, kadang-kadang buat dek je, buat tak tau je, senang cerita buat BODOH. Macam mereka bukan MELAYU. " Tak pa lah kita pembangkang lantak lah Depa" ada ke patut. Tu yang malas tu... bukan saya tak suka pembangkang tapi kita bangsa MELAYU ISLAM kalau ada perkara mencabar ketuanan kita patut bangkit mempertahankan, lupakan kita di pihak mana, yang penting kita BANGSA MELAYU bela lah bangsa kita. Tapi apa jadi... MELAYU BODOH sebab gaduh betul-betul. Padahal depa Cina depanje gaduh, belakang siap gilir-gilir belanja makan.
6. Mari kita buat kajian kes, kita ambil Terengganu. Masa PARTI A memerintah habis semua Kemudahan, Hak dan Kesenangan ORANG PARTI B dirampas di manipulasihan hingga tergadai. ORANG PARTI B di blacklist oleh PARTI A sebab tak sehaluan Ideologi. Masa PARTI B menang dan memerintah ORANG PARTI A pulak yang merana kene blacklist. ANEH DAN PELIK TAPI BENAR itulah sikap orang melayu. Mementingkan diri sendiri hingga sanggup menganiaya BANGSA MELAYU sendiri. Insaflah, semoga ALLAH SWT dapat menyatukan hati-hati mereka.
Tu baru sikit... Saya pasti nanti akan ada individu pembaca yang mampu menambahkan lagi ancaman dalam politik ni. Saya pun nak tahu...
Saya cuba mengupas " MELAYU PERLU BERSATU - ANCAMAN POLITIK" sebab saya merasakan ISU POLITIK lah yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Saya dapat merasakan sekiranya titik persefahaman dapat dalam politik ditemui maka MELAYU dapat disatukan. Seterusnya untuk menyatukan melayu dalam hal ehwal ekonomi, kesedaran dan lain-lain akan lebih mudah. Titik pertemuan harus di cari terutamanya dalam...
- Halatuju perjuangan MELAYU ISLAM sebenar.
- Pentingannya Politik MELAYU dalam memastikan kemandirian BANGSA MELAYU dan ISLAM.
- Wujudnya ANCAMAN ke atas MELAYU dan ISLAM.
- Isu berkaitan PENDIRIAN dalam isu-isu dan masalah tertentu.
- Kedudukan selepas PENYATUAN ( semoga masing-masing rendah diri mengalah).
- KESEDARAN MEREKA saling BERGANTUNG ( ulamak dan umarak).
Mungkin kalau PAK LAH atau NIK AZIZ atau MATA LEBAM baca belum tentu mereka nak bersatu. Macam macam alasan keluar... tapi saya yakin jauh disudut hati mereka ini, mereka juga ingin melihat MELAYU ISLAM bersatu. Namun terdapat halangan seperti dari anak buah masing-masing yang mungkin bimbang dengan penyatuan akan mengurangkan kuasa atau kekayaan masing-masing. Namun ingatlah Pak LAH dan Nik Aziz, " Kalau hendak seribu daya tak hendak seribu dalih".
MATA LEBAM pulak saya tak pasti. Saya curiga sebab belakang dia AMERIKA tengah sokong kuat dia dari kewangan sampaikan ke tenaga kerja termasuk perisikan Amerika untuk bantu dia untuk jadi somebody di MALAYSIA. Tak percaya semak mana datangnya duit+maklumat yang diterima pertubuhan NGO naungan Mata Lebam atau Parti BENDERA LEBAM sendiri. Bimbang kalau MATA LEBAM jadi pemimpin MELAYU terjual pulak kedaulatan, harga diri dan sumber negara kita. Yelahkan " AMERIKA BERBUDI, MATA LEBAM KENE BERBAHASA" untuk balas bantuan yang dia terima. Tapi saya doakan MATA LEBAM cepat-cepat insaf jangan sebab nak kejar kuasa hinggakan MATA LEBAM sanggup diperkudakan KUASA ASING. Terjajah MELAYU kembali nanti. Insaf la...
Ingat Lah PAK LAH atau NIK AZIZ atau MATA LEBAM, kalau kita ada kemampuan, kebolehan dan ada kuasa tapi tak nak bela dan bersatu agar MELAYU ISLAM lebih perkasa sehingga akhirnya nanti MELAYU ISLAM makin ketinggalan dan merana. Di akhirat kelak tunggulah azab balasan pedih dari ALLAH SWT. Hampir 18 juta orang MELAYU ISLAM akan menuntut hak dan amanah yang ALLAH telah kurniakan kepada PAKLAH n NIK AZIZ n MATA LEBAM tapi tidak dilaksanakan sehingga menyebabkan MELAYU ISLAM ketinggalan, hilang kuasa dan melarat.
Semoga Melayu kembali bersatu terutama dalam POLITIIK kerana itu lah kunci yang bakal menyatukan MELAYU dalam kesemua bidang yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan